RSS

BERTEMU KEMBALI.

Dah lama saya tak tengok blog ni, dah bersawang. Last update blog ni sewaktu saya berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( Pendidikan Sains Rendah ) tahun 2012. Sekarang dah 2015 maknanya dah lama bog ini terabai. Entah kenapa hari ini terdetik hati saya membuka dan mengemaskini kembali blog ini. Sayang kalau dibiarkan begitu sahaja kan?

Sekarang saya sudah pun bergelar pendidik yang sah. Saya mula posting pada tahun 2013 dan di tempatkan di salah sebuah sekolah di Kapit Sarawak. Dah nak masuk 2 tahun pun saya di sini. Boleh dikatakan agak seronok mengajar di sini kerana murid-murid saya terdiri daripada pelbagai kaum ada Iban, Melayu, Kenyah, Kayan, Cina, Melanau dan lain-lain lagi. Sangat culture diversity kan? Hahahah. 


Memandangkan blog ini dah kembali aktif, saya akan cuba update sebanyak mungkin entry baru untuk blog ini. Mungkin ia akan memberi manfaat kepada anda semua. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS